
Fermat KitchenFermat Kitchen
- 2025
- 12 Episod
- 13+
- Anime
Episod
- 23m
1. Episod 1
Selepas Gaku berputus asa terhadap cita-citanya, dia mula bekerja di kantin sekolah. Di sana, dia bertemu dan mengagumkan Cef Kai yang genius dengan pasta Napolitan.
- 23m
2. Episod 2
Gaku mengagumkan penaung sekolah dengan Napolitan hasil kiraan matematik yang sempurna. Kemudian, dia melawati Restoran K di Tokyo dan kagum dengan makanan Cef Ranna.
- 23m
3. Episod 3
Gaku bertemu rakan lama serta pesaingnya dalam matematik, Kagura. Dia memandang rendah minat baharu Gaku dan mencabar dia. Bolehkah masakannya mencuri hati Kagura?
- 23m
4. Episod 4
Selepas tamat pengajian, Gaku berpindah ke Tokyo sebagai cef perantis di Restoran K. Kai memberi dia seminggu untuk memuaskan hati seluruh staf dengan masakannya.
- 23m
5. Episod 5
Hidangan staf pertama Gaku menghampakan. Bergelut kerana asyik melakukan kesilapan, dia berhubung semula dengan rakan lama yang memberikan ilham menerusi memori lama.
- 23m
6. Episod 6
Walaupun akhirnya berjaya mengalahkan rakan sekerjanya di restoran, Gaku berasa tidak sedap hati. Kemudian, dia bertembung dengan tokoh yang penting dalam hidupnya.
- 23m
7. Episod 7
Buat kali pertama, Gaku mendapat peluang untuk memasak secara profesional di majlis anugerah untuk Hirose tetapi sebelum itu, dia perlu bertanding dengan cef Restoran K.
- 23m
8. Episod 8
Pertandingan antara cef Restoran K bermula. Dengan setiap sajian yang dihasilkan, Gaku mendapat tahu lebih banyak tentang rakan sekerjanya serta dorongan mereka.
- 23m
9. Episod 9
Gaku berbangga dengan usahanya dalam pertandingan itu tetapi apabila Kai tiba-tiba menugaskan semula dia ke stesen baharu, dia mula meragui dirinya.
- 23m
10. Episod 10
Bergelut dengan tugasan baharu, Gaku mempertimbangkan untuk meninggalkan Restoran K — namun Hirose menghantar kertas kajian matematik yang membangkitkan semangatnya.
Butiran Lanjut
Tonton di luar talian
Tersedia untuk dimuat turunGenre
Anime Shounen, Jepun, Siri Anime, Anime Drama, Rancangan TV Berdasarkan MangaRancangan ini...
Memberikan Inspirasi, Ceria di Hati, Drama, Memasak, Jepun, Shounen, Makanan, Anime, TVAudio
Bahasa Jepun [Asli]Sari Kata
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Tradisional)Barisan Pelakon
Ryosuke Tomita, Taito Ban, Daichi Endo, Takuma Nagatsuka, Natsu Yorita, Haruna Ikezawa, Tatsumaru Tachibana, Makoto Furukawa, Shion Wakayama, Anna NagaseAnda Juga Mungkin Akan Suka
Sohor Kini
Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda
Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu










