Daftar Masuk

Judge Dee's Mystery

Judge Dee's Mystery

Judge Dee's Mystery

  • 2024
  • 32 Episod
  • ⁨16+⁩
  • Drama
Seorang penyiasat cerdik mencetuskan kemarahan musuh gelap apabila dia mengembara ke sebuah pekan sempadan untuk menangani pelbagai jenayah bagi pihak Maharani Wu Zetian.
Dibintangi: Zhou Yiwei, Wang Likun, Zhong Chuxi

Episod

  • 49m

    1. Episod 1

    Berat hati untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam, Di Renjie yang berjiwa bebas terjebak dalam kes kecurian rumit dan ditimpa masalah selepas membantu kawan lama.

  • 41m

    2. Episod 2

    Di Renjie terselamat dalam kebakaran, namun dia disyaki. Untuk membersihkan namanya dalam masa 10 hari, dia mula menyiasat uncang aneh milik seorang mangsa kebakaran itu.

  • 40m

    3. Episod 3

    Beberapa penyiasatan mendedahkan perkaitan antara pembunuhan dengan seorang jeneral ternama. Walaupun telah diberi amaran, Di Renjie bertindak berani secara terbuka.

  • 48m

    4. Episod 4

    Pendedahan menggemparkan memaksa Di Renjie bersemuka dengan tokoh berpengaruh. Sejurus selepas itu, Ma Rong dan Qiao Tai disasarkan oleh penyerang misteri.

  • 41m

    5. Episod 5

    Dalam perjalanan untuk melaksanakan tugas baharu, Di Renjie menemukan satu mayat yang mencurigakan. Di Penglai, dia semakin meragui rekod bersih bandar itu.

  • 40m

    6. Episod 6

    Teng Kan yang terseksa jiwa menyerah diri selepas mendakwa dia telah membunuh isterinya — namun Di Renjie percaya bahawa kes itu lebih rumit daripada yang disangka.

  • 41m

    7. Episod 7

    Saat Di Renjie mendalami kematian Yinlian, dia membongkar lebih banyak perkara tentang masa silamnya. Kemudian, dia memasang perangkap untuk mengumpan pemberi maklumat.

  • 44m

    8. Episod 8

    Selepas menemukan perkaitan antara bukti, Di Renjie mengenal pasti pembunuh sebenar Yinlian. Namun, bukti yang tidak mencukupi menyukarkan kes itu untuk dibicarakan.

  • 45m

    9. Episod 9

    Permaisuri memberi Di Renjie arahan rahsia yang memerlukan dia merungkai kes penyeludupan emas dalam masa sebulan. Jika gagal, dia sendiri akan menerima akibatnya.

  • 44m

    10. Episod 10

    Di Renjie dan bangsawan Penglai terkandas di lautan selepas kapal mereka disabotaj. Sementara itu, tekanan memuncak buat Di Renjie untuk merungkai kes penyeludupan emas.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Drama TV, Rancangan TV Tanah Besar China, Rancangan TV berdasarkan Buku, Rancangan Misteri, Karya Zaman Silam, Rancangan TV Cerita Jenayah, Rancangan Cerita Ngeri

Rancangan ini...

Menguja, Penuh Saspens, Epik, Jenayah Vintaj, Empayar China, Tanah Besar China, Berdasarkan Buku, Kerabat Diraja, Misteri, Cerita Ngeri, TV

Audio

Bahasa Mandarin [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Zhou Yiwei, Wang Likun, Zhong Chuxi, Zhang Jiayi, Zhang Ruoyun, You Yong, Ji Ta, Ling Zi

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix