Daftar Masuk

Sengoku Youko

Sengoku Youko

Sengoku Youko

  • 2024
  • 2 Musim
  • ⁨16+⁩
  • Anime
Gadis semangat rubah, adiknya yang berkuasa mistik dan samurai penakut perlu bertarung dengan sekumpulan raksasa selepas membongkar komplot yang boleh membunuh manusia.
Dibintangi: Soma Saito, Yuuki Takada, Ryohei Kimura

Episod

  • 23m

    1. Kami Orang yang Tidak Suka Zaman Huru-hara

    Shinsuke, pendekar pedang baharu bertembung dengan gadis semangat rubah dan adik lelakinya yang berkuasa sihir. Bersama-sama, mereka melawan sekumpulan perompak kejam.

  • 23m

    2. Shakugan

    Sami Dangaishuu mendedahkan kepada Tama dan yang lain bahawa Shakugan sebenarnya manusia yang telah menjelma kepada raksasa hasil eksperimen yang menakutkan.

  • 23m

    3. Tahun Ketujuh Eiroku

    Jinka dihentak kuat sehingga pengsan saat menemukan pusat penyelidikan sami. Sementara itu, Shinsuke dan yang lain bersemuka dengan manusia diperkuat.

  • 23m

    4. Jinka dan Manusia

    Jinka dan Tama melawan Katawara yang enggan melindungi sebuah kampung walaupun meminta korban daripada penduduknya. Seorang pendekar pedang menyampuk pertarungan itu.

  • 23m

    5. Higan

    Higan — pembunuh upahan yang dihantar oleh Yazen — ialah adik Zanzou, Hino. Katawara dalam diri Shakugan mendapati bahawa Katawara dalam diri Higan ialah kawan lamanya.

  • 23m

    6. Musibah

    Selepas Tama mendapat tahu tentang sejenis minuman keras legenda, dia dan yang lain bertemu dengan ahli Dangaishuu yang hebat. Tama mencabarnya dalam pertandingan minum.

  • 23m

    7. Kagan dan Shakuyaku

    Jinka membawa seorang wanita yang sarat mengandung berehat di kampung Kagan, namun keselamatan wanita itu segera terancam apabila Douren dan Resshin mencari Jinka.

  • 23m

    8. Pakar Pedang Mistik

    Berang selepas kehilangan Shakugan, Shinsuke bertekad untuk membunuh Katawara yang mahukan korban manusia. Namun, dia diserang sehingga pengsan oleh Resshin.

  • 23m

    9. Dewa Gunung (Bahagian 1)

    Dewi gunung meminta bantuan daripada Jinka, Tama dan Shinsuke untuk menyedarkan Taizan yang mindanya dikawal. Kemudian, dia melatih mereka secara individu.

  • 23m

    10. Dewa Gunung (Bahagian 2)

    Jinka dan yang lain berjaya menamatkan latihan mereka. Apabila dewi gunung mendesak mereka agar menyerang pangkalan Dangaishuu, Tama mengatur rancangan yang lebih berani.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Anime Shounen, Anime Aksi, Jepun, Anime Sejarah, Siri Anime, Anime Fantasi, Rancangan TV Berdasarkan Manga

Rancangan ini...

Imaginatif, Menguja, Fantasi, Samurai, Abad ke-16, Jepun, Shounen, Aksi, Anime, TV

Audio

Bahasa Jepun [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Soma Saito, Yuuki Takada, Ryohei Kimura, Tomoyo Kurosawa, Hiroki Nanami, Maaya Uchida, Aki Toyosaki

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix