Daftar Masuk

Long Story Short

Long Story Short

Long Story Short

  • 2025
  • 1 Musim
  • ⁨18+⁩
  • Komedi
Pencipta "BoJack Horseman" menampilkan komedi animasi ini tentang keluarga merentas beberapa generasi, mengikuti kehidupan adik-beradik dari zaman kecil hingga dewasa.
Dibintangi: Ben Feldman, Angelique Cabral, Abbi Jacobson
Pencipta: Raphael Bob-Waksberg

Treler

Episod

  • 25m

    1. Bar Mitzvah Yoshi

    Malam itu sukar dilupakan buat Avi apabila dia membawa teman wanitanya pulang bertemu keluarga pada hujung minggu. Pada masa yang sama, adik lelakinya menginjak dewasa.

  • 25m

    2. Pertunjukan Tarian Hannah

    Shira dan Kendra menuju ke utara untuk menghadiri persembahan tarian bertemakan musim sejuk di Santa Rosa serta mengajukan satu soalan yang sangat penting kepada Avi.

  • 25m

    3. Ada Tilam di Sana

    Setelah Yoshi menerima restu Elliott, dia memberikan komitmen kepada peluang perniagaan baharu yang mengujakan, diilhamkan seorang jurujual yang hanya memakai selipar.

  • 25m

    4. Shira Tidak Pandai Memasak

    Untuk menewaskan pesaing dalam majlis makan-makan sekolah yang penuh persaingan, Shira cuba menyediakan knish, resipi ibunya yang paling sukar.

  • 25m

    5. Yoshi & Bayi

    Yoshi bertekad untuk menjaga adiknya dan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Namun, pertemuan tidak diduga semasa beratur untuk aiskrim kentang mengubah segalanya.

  • 25m

    6. Serigala

    Semasa cuba menyelesaikan “masalah serigala” di sekolah Hannah, Avi bekerjasama dengan sekumpulan ibu bapa yang bertindak agak keterlaluan.

  • 25m

    7. Kerja Kendra

    Kendra mempertimbangkan baik buruk jika dia mengutamakan kerjaya lebih daripada hubungan peribadi apabila dia diterima masuk ke dalam program latihan pengurusan.

  • 25m

    8. Campur Tangan

    Kebenaran akhirnya terbongkar apabila anak-anak pulang ke rumah dan berdepan perbualan yang canggung, kononnya sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka.

  • 25m

    9. Menghormati Naomi Schwartz

    Satu acara istimewa di Pusat Komuniti Yahudi membuat Naomi menjadi perhatian, namun acara itu berlangsung serentak dengan majlis prom Shira.

  • 25m

    10. Pak Cik Barry

    Sebuah acara yang suram menyatukan semua orang di Las Vegas dan akhirnya menjadi pertemuan keluarga yang mengejut di tengah-tengah padang pasir.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Komedi Suasana, AS, Komedi TV

Rancangan ini...

Jenaka Bersahaja, Jenaka Pintar, Animasi Dewasa, Dialog Menusuk Kalbu, Pertembungan Generasi, Kritikan Terbaik, Aneh, Keibubapaan, Komedi Suasana, TV

Audio

Bahasa Inggeris - Perihalan Audio, Bahasa Inggeris [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Ben Feldman, Angelique Cabral, Abbi Jacobson, Nicole Byer, Max Greenfield, Lisa Edelstein, Paul Reiser

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix