Daftar Masuk

Nineteen to Twenty

Nineteen to Twenty

Nineteen to Twenty

  • 2023
  • 13 Episod
  • ⁨13+⁩
  • Rancangan Realiti
Sekumpulan anak muda meluangkan minggu terakhir sebagai remaja sebelum menginjak usia 20-an bersama-sama — dan merasai kebebasan serta pengalaman “pertama” orang dewasa.
Dibintangi: Kyuhyun, Kim Ji-eun, Lee Su-hyun
Pencipta: Kim Jae-won, Kim Jung-hyun, Park Su-ji

Treler

Episod

  • 57m

    1. Episod 1

    Lapan remaja memulakan hari pertama mereka di Sekolah 19 dan berkenalan dengan satu sama lain sambil mematuhi satu peraturan yang akan menimbulkan rasa ingin tahu mereka.

  • 58m

    2. Episod 2

    Pada hari kedua di Sekolah 19, para remaja itu bertukar cerita tentang hubungan lama mereka — kemudian ditugaskan dengan kerja sekolah yang membuat hati mereka berbunga.

  • 52m

    3. Episod 3

    Saat lapan rakan sekelas itu berasa selesa dengan dinamik mereka, dua pelajar pertukaran baharu memasuki Sekolah 19. Bagaimanakah hal ini akan menggemparkan kumpulan itu?

  • 57m

    4. Episod 4

    Cinta berputik saat 10 pelajar berpasangan untuk kelas memasak. Kemudian, permainan yang mendebarkan di taman hiburan hampir membongkar perasaan terpendam.

  • 1j

    5. Episod 5

    Pada hari terakhir Sekolah 19, para pelajar berpasangan untuk kelas tarian sukan dan perasaan baharu tercetus. Setelah tamat pengajian, mereka berpindah ke Rumah 20.

  • 1j 10m

    6. Episod 6

    Tahun Baharu, peraturan baharu: tiada lagi halangan berjanji temu. Saat para penghuni semakin akrab, Janji Temu Impian menaikkan pertaruhan antara mereka.

  • 1j 8m

    7. Episod 7

    Beberapa rakan serumah keluar berjanji temu, sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Dua Janji Temu Impian pertama diumumkan.

  • 1j 12m

    8. Episod 8

    Rakan serumah itu mula mencari Janji Temu Impian. Adakah janji temu itu akan berputik ke peringkat seterusnya atau akan menyebabkan mereka berubah hati?

  • 1j 3m

    9. Episod 9

    Satu pasangan menjalani Janji Temu Impian, namun perasaan mereka kekal rumit. Saat semua rakan serumah menjalani janji temu masing-masing, konflik perasaan mula timbul.

  • 1j 11m

    10. Episod 10

    Hubungan yang dahulunya rapat bertukar dingin. Pengumuman Temu Janji Impian yang baharu memaksa para penghuni rumah saling berhati-hati dengan perasaan masing-masing.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Korea, Rancangan TV Remaja, TV Realiti Perkahwinan & Kisah Cinta, TV Realiti

Rancangan ini...

Menawan Hati, Menyeronokkan, Eksperimen Sosial, Janji Temu, Korea, Sekolah Menengah, Remaja, Realiti, TV

Audio

Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Korea - Perihalan Audio, Bahasa Korea [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Korea, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Kyuhyun, Kim Ji-eun, Lee Su-hyun, Jeong Se-woon

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix