Daftar Masuk

The Time It Takes

The Time It Takes

The Time It Takes

  • 2021
  • 10 Episod
  • ⁨18+⁩
  • Drama
Lina dan Nico berpisah setelah bertahun-tahun bercinta. Kini, Lina bergelut untuk mencari kehidupan baharu sambil cuba melupakan dia sedikit demi sedikit.
Dibintangi: Nadia de Santiago, Álvaro Cervantes, David Castillo

Treler

Episod

  • 13m

    1. Seminit Masa Sekarang, Sepuluh Minit Masa Lalu

    Sembilan tahun selepas mula bercinta, Nico dan Lina akan berpisah — lalu mengingatkan Lina kepada malam pertama mereka bertemu dan keserasian mereka yang menyenangkan.

  • 13m

    2. Dua Minit Masa Sekarang, Sembilan Minit Masa Lalu

    Kawannya bantu Lina mengemas barang dan memberitahu yang Nico memulakan projek baru. Ini mengingatkan dia kepada waktu kehidupan mereka berkait rapat dengan cita-citanya.

  • 12m

    3. Tiga Minit Masa Sekarang, Lapan Minit Masa Lalu

    Lina cuba melupakan masa lalunya tetapi segalanya seperti tidak kena dan membuat dia mengenangkan kisah-kisah lama.

  • 13m

    4. Empat Minit Masa Sekarang, Tujuh Minit Masa Lalu

    Lina asyik teringat kepada detik pendedahan apabila kebenaran yang disembunyikan oleh Nico menjadi ketara, seperti selepas kemalangannya.

  • 13m

    5. Lima Minit Masa Sekarang, Enam Minit Masa Lalu

    Pencarian apartmen dan poskad yang tiba terlalu lewat menyoroti perkara yang Lina mahukan ketika bersama Nico.

  • 12m

    6. Enam Minit Masa Sekarang, Lima Minit Masa Lalu

    Lina dan Nico membuat pakatan tentang hari jadinya. Kini setelah berpisah dan berparti dengan rakannya, dia teringin agar pakatan mereka ditepati.

  • 12m

    7. Tujuh Minit Masa Sekarang, Empat Minit Masa Lalu

    Lina dijangkiti cacar air yang semakin membuat dia terpencil. Dia mengenangkan perjalanan mereka ketika pulang dari pengebumian ayah Nico dan kesedihannya yang mendalam.

  • 12m

    8. Lapan Minit Masa Sekarang, Tiga Minit Masa Lalu

    Lina menjadi felo tetapi bergelut untuk bergembira tanpa sesiapa untuk berkongsi berita itu. Dia teringat kepada parti kostum dan Nico yang berpakaian seperti orang tua.

  • 13m

    9. Sembilan Minit Masa Sekarang, Dua Minit Masa Lalu

    Percutian ke Maghribi nampaknya baik buat Lina yang mengikuti kata hati dan nalurinya apabila dia tertarik kepada pembuat barang kemas.

  • 13m

    10. Sepuluh Minit Masa Sekarang, Seminit Masa Lalu

    Lina pulang ke kampungnya untuk melawat ayahnya, seorang duda, sebelum pergi ke India. Namun setelah pulang ke Madrid, rancangannya mungkin berubah.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Drama TV Romantik, Drama TV, Sepanyol

Rancangan ini...

Tidak Menonjol, Intim, Drama, Cinta Pertama, Sepanyol, Penuh Emosi, Pelancongan, Pendek

Audio

Bahasa Sepanyol (Sepanyol) - Perihalan Audio, Bahasa Sepanyol (Sepanyol) [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (Sepanyol), Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Nadia de Santiago, Álvaro Cervantes, David Castillo, Mariví Carrillo, Nico Romero, Cala Zavaleta, Luisa Vides, Eloi Costa, Violeta Mateos, Carla Linares

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix