
Dragon Ball ZDragon Ball Z
- 1989
- 6 Musim
- 16+
- Anime
Episod
- 24m
1. Goku Kecil ialah Budak Manja! Saya Gohan.
Lima tahun selepas Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Dunia, Goku, Chichi dan Gohan menikmati kehidupan yang tenang. Namun, sebuah kapal angkasa tiba-tiba muncul.
- 24m
2. Pahlawan Terkuat dalam Sejarah ialah Abang Goku!
Goku dan anaknya, Gohan singgah di Rumah Kame dan bertemu semula dengan kawan-kawan lama. Seorang lelaki misteri tiba-tiba muncul dan memanggil Goku sebagai "Kakarot".
- 24m
3. Baiklah! Inilah Gabungan Terkuat Di Dunia!
Apabila Gohan diculik, Goku terpaksa bekerjasama dengan musuh lamanya, Piccolo untuk cuba menyelamatkan diri daripada Raditz, yang mendakwa dirinya sebagai abang Goku.
- 24m
4. Senjata Rahsia Piccolo! Gohan Si Cengeng
Piccolo kini bertarung seorang diri dan terdesak untuk menggunakan teknik baharunya, Meriam Pancaran Khas. Raditz terlepas walaupun hampir terkena serangan.
- 24m
5. Goku Mati! Ini Satu-satunya Peluang Terakhir
Gohan memecahkan kapal angkasa lalu turut serta dalam pertarungan. Melihat peluangnya, Goku menahan Raditz agar Piccolo boleh menyerang dengan pancaran hebatnya.
- 24m
6. Yama Pun Terkejut — Pertarungan Bersambung di Alam Selepas Mati
Kami membawa Goku kepada Raja Yemma, yang membenarkan Goku berlatih dengan Raja Kai, raja segala dewa. Namun, dia mesti mengikut laluan berbahaya ke planet Kai.
- 24m
7. Ikhtiar Hidup dengan Dinosaur! Latihan Gohan yang Menjerihkan
Gohan diuji apabila Piccolo meninggalkannya bersendirian di hutan belantara. Ketika dia hampir menjadi makanan dinosaur, kuasa terpendamnya tiba-tiba bangkit.
- 24m
8. Perubahan Luar Biasa di Bawah Cahaya Bulan! Rahsia Kuasa Gohan
Krillin pulang ke Rumah Kame selepas tidak dapat memberitahu Chi-Chi tentang suami dan anak lelakinya. Sementara itu, Gohan mengalami perubahan yang mengejutkan.
- 24m
9. Maaf, Encik Robot — Gurun Air Mata Mengering
Gohan terjatuh ke dalam sebuah lubang di padang pasir dan bertemu dengan satu robot di dalam runtuhan gua. Kedua-dua sahabat baharu itu cuba meloloskan diri dari situ.
- 24m
10. Jangan Menangis, Gohan! Pertarungan Pertamanya
Yamcha kini pemain besbol profesional dan tahu tentang kematian Goku serta serangan Saiya. Dia ingin berlatih dengan Kami. Gohan pula bertemu seekor dinosaur yang cedera.
Butiran Lanjut
Tonton di luar talian
Tersedia untuk dimuat turunGenre
Anime Shounen, Anime Aksi, Jepun, Siri Anime, Anime Fantasi, Rancangan TV Berdasarkan MangaRancangan ini...
Menguja, Fantasi, Adiwira, Jepun, Shounen, Kuasa Luar Biasa, Aksi, Anime, TVAudio
Bahasa Jepun [Asli]Sari Kata
Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Tradisional)Barisan Pelakon
Masako Nozawa, Toshio Furukawa, Mayumi Tanaka, Ryo Horikawa, Shigeru Chiba, Shozo Iizuka, Hiromi Tsuru, Toru Furuya, Takeshi Kusao, Joji YanamiAnda Juga Mungkin Akan Suka
Sohor Kini
Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda
Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu










