Daftar Masuk

Big Mouth

Big Mouth

Big Mouth

  • 2025
  • 8 Musim
  • ⁨18+⁩
  • Komedi
Hidup remaja-remaja ini menjadi tunggang-langgang dek kehebatan dan kengerian akil baligh dalam komedi gaya baru daripada dua rakan baik, Nick Kroll dan Andrew Goldberg.
Dibintangi: Nick Kroll, John Mulaney, Jessi Klein
Pencipta: Nick Kroll, Andrew Goldberg, Mark Levin

Treler

Episod

  • 26m

    1. Pancutan Mani

    Apabila Andrew disihir oleh Raksasa Hormon, rakannya, Nick menjadi obses dengan kekurangan terhadap perubahan pada tubuhnya sendiri.

  • 25m

    2. Semua Orang Berdarah

    Lawatan yang janggal bertukar menjadi lawatan yang memalukan apabila Jessi bergelut dengan tuntutan pasangan kekasih dan pertama kali datang bulan di Patung Liberty.

  • 27m

    3. Adakah Aku Gay?

    Treler untuk filem baharu yang dibintangi The Rock membuatkan Andrew mempersoalkan tentang keseksualannya. Kisah cinta Jessi dan Nick yang mula mekar berubah serta-merta.

  • 26m

    4. Sesi Bermalam: Dugaan Getir Kekejaman Emosi

    Apabila budak-budak lelaki menuju ke parti bermalam Jay yang dipenuhi aktiviti mengujakan, Jessi menganjurkan partinya sendiri dan terperangkap dalam konflik gadis nakal.

  • 26m

    5. Perempuan Juga Bernafsu

    Novel ghairah yang tular di sekolah menginspirasikan Jessi untuk menerokai keseksualannya sendiri dan membuatkan budak lelaki keliru tentang kemahuan budak perempuan.

  • 27m

    6. Rahsia di Kamar

    Nick membawa Andrew bertemu gadis yang dikenali semasa menyertai perkhemahan tetapi rancangannya tidak berjaya. Jay memulakan perjalanan penuh emosi dengan bantalnya.

  • 26m

    7. Sorotan Mimpi Basah

    Andrew sukar mengawal Raksasa Hormon semasa dia menyiapkan projek sains bersama Missy. Jessi dan Matthew seronok mempersendakan Jay.

  • 26m

    8. Penolak Kepala

    Apabila Leah menganjurkan parti untuk ahli kelab drama sekolah menengah, Nick bergelut dengan dilema percintaan sementara Andrew dan Missy melihat aksi yang mengganggu.

  • 26m

    9. Aku Mengharungi Bat Mitzvah Jessi

    Konflik keluarga, hubungan sulit dan baju yang tidak menonjol menjadikan bat mitzvah Jessi sebagai malam yang tidak dapat dilupakan.

  • 27m

    10. Ruang Porno

    Andrew cuba melupakan kedukaannya dengan menonton video lucah tetapi dia menjadi ketagih. Jurulatih Steve menjadi suspek pembunuhan bersiri.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Komedi Suasana, AS, Komedi TV

Rancangan ini...

Berunsur Galak, Jenaka Pintar, Animasi Dewasa, Ambang Kedewasaan, Kritikan Terbaik, Aneh, Persahabatan, Komedi Suasana, TV

Perihal Big Mouth

Pergi ke balik tabir dan ketahui lebih lanjut tentang Tudum.com

Audio

Bahasa Inggeris - Perihalan Audio, Bahasa Inggeris [Asli], Bahasa Jepun

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Nick Kroll, John Mulaney, Jessi Klein, Jason Mantzoukas, Fred Armisen, Maya Rudolph, Jordan Peele, Maria Bamford, Jenny Slate, Gina Rodriguez

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix