Daftar Masuk

Rescue Me

Rescue Me

Rescue Me

  • 2011
  • 7 Musim
  • ⁨18+⁩
  • Drama
Seorang ahli bomba veteran New York dihantui masa lalu. Dia bergelut untuk menghadapi tekanan tinggi dalam pekerjaan dan pergolakan emosi dalam kehidupan peribadinya.
Dibintangi: Denis Leary, Michael Lombardi, James McCaffrey
Pencipta: Denis Leary, Peter Tolan

Episod

  • 44m

    1. Keberanian

    Ahli bomba di Bandar New York, Tommy Gavin bergelut dengan sisi gelapnya dan kenangan buruk daripada kematian seorang sepupu yang meninggal dunia di Pusat Dagangan Dunia.

  • 44m

    2. Gay

    Ketua Reilly berhasrat untuk menyangkal dakwaan tentang kehidupan peribadi anggota bomba yang terkorban pada 9/11. Perpisahan Tommy dan Janet mencapai titik kemuncak.

  • 44m

    3. Kansas

    Ketika Jerry berdepan tindakan disiplin yang keras, Tommy belajar bahawa dia perlu berdepan akibat daripada mengganggu teman lelaki Janet.

  • 45m

    4. DNA

    Franco dituduh menjadi bapa kandung kepada anak bekas teman wanitanya, manakala Tommy menerima berita buruk di lokasi kemalangan kereta.

  • 45m

    5. Anak-anak Yatim

    Franco mempertimbangkan keputusan untuk menjadi bapa tunggal dan Tommy pula berbelah bahagi kerana menjadi penghalang Janet.

  • 44m

    6. Balas Dendam

    Tommy telah menahan Roger kerana tuduhan menyerang. Sementara itu, Franco menculik Keela dari sebuah rumah yang menjadi tempat dia didera.

  • 46m

    7. Kupu‑kupu

    Tommy mendapatkan nasihat ahli terapi sambil memikirkan tindakan yang perlu diambil terhadap Janet.

  • 45m

    8. Inci

    Tommy menarik perhatian seorang balu dengan fantasi liar dalam pertandingan rupa paras untuk menobatkan ahli bomba paling menarik di balai itu.

  • 46m

    9. Penggera

    Ketika Tommy mengetahui bahawa seorang wanita akan ditugaskan ke balai bomba, dia bertekad untuk membalas dendam kematian Billy Warren.

  • 46m

    10. Abadi

    Semasa cuba merahsiakan hubungan sulitnya dengan Sheila daripada bayang-bayang Jimmy, Tommy bergelut untuk memenuhi tanggungjawab kewangannya kepada Janet.

Butiran Lanjut

Tonton di luar talian

Tersedia untuk dimuat turun

Genre

Drama TV, AS, Komedi TV

Rancangan ini...

Luar Biasa, Komedi Suram, Persahabatan Lelaki, New York City, Calon Golden Globe, Penuh Emosi, Tempat Kerja, Drama, TV

Audio

Bahasa Inggeris [Asli]

Sari Kata

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Cina (Tradisional)

Barisan Pelakon

Denis Leary, Michael Lombardi, James McCaffrey, Jack McGee, Steven Pasquale, Andrea Roth, John Scurti, Robert John Burke, Daniel Sunjata, Callie Thorne

Anda Juga Mungkin Akan Suka

Pelan yang Memenuhi Keperluan Anda

Teroka kegemaran anda yang seterusnya serta keluaran baharu setiap minggu

Maklumat Lanjut tentang Netflix